Muka Utama » FAQ

Apakah nama domain?
Nama domain adalah alamat kepada laman web anda. Tanpa nama domain pengguna tidak dapat mengakses maklumat anda. Contoh nama domain adalah seperti 'www.domain.com'. Nama domain boleh terdiri dari nama domain antarabangsa atau nama domain mengikut negara (Malaysia - com.my). Disebabkan alamat domain telah terlalu banyak anda mesti menyemak kekosongan nama domain sebelum dapat membeli sesuatu nama domain.

Apakah web hosting?
Web hosting merupakan tempat dimana anda meletakkan segala fail yang berkaitan dengan laman web anda. Nama domain anda akan merujuk kepada fail yang terdapat di server web hosting anda setelah konfigurasi yang betul dibuat. Anda telah menjimatkan kos belian server dan sewa rangkaian dengan menggunakan perkhidmatan web hosting dari syarikat web hosting.

Pakej web hosting XcessHost amat berpatutan, adakah ini kerana servis anda tidak baik?
Tidak sama sekali, harga kami mampu dimiliki oleh semua pelanggan tapi ini tak bermakna servis kami tidak bagus. Kami memberikan pakej yang menarik supaya lebih ramai pelanggan dapat menikmati web hosting pada kadar berpatutan dan pada masa yang sama, kos kami masih pada tahap yang rendah tetapi amat berkualiti.

Saya baru mendaftar untuk pembelian hosting, apa langkah seterusnya?
Setelah kami menerima tempahan pelan hosting anda, kami akan menghantar invoice. Akaun anda akan didaftarkan dan kami akan membuat pembelian nama domain setelah kami menerima pembayaran dari anda.

Bagaimana saya nak daftarkan nama domain saya?
Pertama anda perlu membat carian domain untuk memastikan nama domain itu masih ada kekosongan. Isikan borang tempahan dengan nama domain dan kami akan proses setelah kami menerima bayaran dari anda.

Bolehkah saya akses alamat domain tanpa menaipkan 'www'?
Ya, anda masih boleh akses laman web anda walaupun dengan tidak menaip 'www' pada alamat URL.

Bolehkah XcessHost membantu saya mendaftarkan nama domain?
Ya, kami boleh membantu anda untuk mendaftarkan nama domain. Caj untuk domain antarabangsa adalah RM40 dan domain Malaysia adalah RM100.

Berapa lama masa diambil sebelum domain saya aktif?
Setelah domain didaftarkan, masa selama 24 jam diperlukan untuk domain aktif. Untuk domain Malaysia, proses mendapatkan domain mungkin memakan masa 1 minggu dan ini bergantung berapa cepat anda menghantar dokumen berkaitan syarikat/organisasi kepada reseller MYNIC.

Bagaimanakah cara untuk memindahkan fail ke website?
Fail boleh dipindahkan dari komputer anda menggunakan program FTP. Anda boleh melawat www.download.com dan buat carian FTP. Anda juga boleh memindah fail secara sedikit demi sedikit dengan menggunakan cPanel.

Adakah saya mempunyai akses tanpa had untuk mengemaskini website?
Ya, anda boleh upload fail melalui FTP dan akses ke cPanel tanpa had 24 jam sehari. Anda boleh kemaskini website pada komputer anda dan upload ke server pada bila-bila masa.

Bolehkan saya menggunakan akaun saya untuk tujuan komersial?
Ya, sudah tentu. Website adalah medium terbaik untuk memasarkan produk dan perkhidmatan pada pengguna di seluruh dunia.

Adakah anda menyediakan bantuan teknikal?
Ya kami mengalu-alukan sebarang soalan berkaitan dengan teknikal dari pelanggan kami. Bagaimanapun pihak kami tidak bertanggungjawab dengan soalan berkaitan HTML, programming dan yang tiada katian dengan isu teknikal.

Berapa lama masa diambil untuk mendaftar akaun baru?
Biasanya akaun baru akan dibuat dalam tempoh 1-2 jam setelah kami menerima pembayaran dari pihak pelanggan.

Terma & Syarat - Polisi - © Copyright XcessHost.com - All Rights Reserve