| Muka
Utama »
Polisi Penggunaan Perkhidmatan
» Penggunaan Bahan Terlarang
Server Violet One Enterprise hanya boleh digunakan untuk tujuan
yang sah di sisi undang-undang sahaja. Menghantar, menyimpan
atau mengedar informasi atau data yang menyalahi undang-undang
adalah dilarang sama sekali. Ini termasuk, tetapi tidak terhad
kepada pengunaan : bahan copyright, trademark, trade secret
atau intellectual property yang digunakan tanpa persetujuan
pemilik. Contoh kandungan atau hiperangkai(link) yang tidak
dibenarkan : perisian cetak rompak, program hacker, laman
warez, MP3 dan IRC bots. Pelanggan perkhidmatan Violet One
Enterprise bersetuju tidak memberi sebarang risiko kepada
Violet One Enterprise atas penggunaan perkhidmatan web hosting.
Violet One Enterprise berhak menentukan keadaan dimana pelanggan
melanggar polisi kami.
» Kandungan Web Terlarang
Violet One Enterprise tidak membenarkan Daemons seperti IRC
bots; eggdrop; BitchX; XiRCON; atau apa jua program yang menganggu
operasi server . Warez tidak dibenarkan sama sekali. Web proxy
juga tidak dibenarkan. Jika website anda didapati mengandungi
sebarang fail proxy, akaun akan digantung dan dikenakan denda
RM200. Bila menggunakan akaun dengan shell, pelanggan tidak
dibenarkan untuk menggunakan sebarang servers atau services
pada rangkaian network Violet One Enterprise. Definasi servers
adalah seperti perlbots, proxies, BitchX, psyBnc, root exploits,
DDoS scripts, Shoutcast servers dan sebagainya. Jika anda
menggunakan server ini, akaun pelanggan akan digantung serta
merta, dan pelanggan akan didenda tidak kurang dari RM 200.00.
Violet One Enterprise jug berhak untuk menamatkan akaun yang
menjalankan aktiviti tersebut.
» Penggunaan CPU Dan
Memori Pada Server
Sebarang website yang memerlukan penggunaan sumber server
yang tinggi (seperti penggunaan masa CPU, memori dan network)
akan diberikan pilihan untuk menaiktaraf ke pelan lebih tinggi
(bergantung pada penggunaan sumber yang diperlukan). Violet
One Enterprise berhak menentukan tahap yang dikatakan had
penggunaan server yang tinggi.
» Penyediaan Dan Pembekal
Perkhidmatan Perisian
Akaun web hosting Violet One Enterprise tidak akan digunakan
untuk tujuan mengedar produk perisian atau multimedia. Jika
pelanggan perlu berbuat demikian sila hubungi sales@xcesshost.com
untuk pelan yang bersesuaian.
» Penggunaan Fail Dan
Kapasiti Storan
Akaun web hosting Violet One Enterprise tidak akan digunakan
untuk mengedarkan atau menyimpan kandungan fail pada kapasiti
yang terlalu besar dan mencurigakan. Kami adalah syarikat
web hosting dan tidak menyediakan khidmat storan fail remote.
Sebarang website didapati menggunakan kapasiti fail melebihi
80% dari jumlah kapasiti dibenarkan akan dikategorikan pengguna
kapasiti fail yang besar. Pada tahap ini, kami akan menyelidik
samada fail-fail berkenaan adalah sesuai atau tidak dan pelanggan
akan diberitahu melalui email. Jika pelanggan tidak bermaksud
untuk menyebabkan masalah kepada server kami dengan fail-fail
yang disimpan, pelanggan tidak seharusnya risau.
» Ruang Sembang (Chat
Room)
Violet One Enterprise tidak membenarkan sama sekali penggunaan
chat room dalam dalam pelan shared web hosting kami.
» IRC
Violet One Enterprise tidak membenarkan IRC atau IRC bots
untuk digunakan dalam pelan shared web hosting kami.
» Keselamatan
Pelanggan adalah dilarang dari cubaan menceroboh keselamatan
network Violet One Enterprise. Pencerobohan sistem atau keselamatan
network akan menyebabkan pelanggan didakwa. Violet One Enterprise
akan menyiasat kes sebegini dan bekerjasama dengan pihak berkuasa
untuk menahan pihak yang melakukan pencerobohan. Pencerobohan
ini termasuk :
1) Akses data yang bukan dimiliki oleh pelanggan atau akses
ke server atau akaun dimana pelanggan tidak diberi kebenaran
untuk akses.
2) Cubaan untuk scan atau menguji kelemahan sistem atau network
untuk menceroboh keselamatan tanpa kebenaran.
3) Percubaan untuk "flooding", "mail bombing"
atau "crashing".
4) Menipu/Meniru paket header TCP/IP atau sebarang header
information dalam sebarang email atau forum.
5) Mengambil sebarang tindakan bertujuan mendapatkan perkhidmatan
yang tidak sepatutnya dimiliki oleh pelanggan.
Setaip pakej hosting adalah unik kepada satu nama domain.
Anda tidak dibenarkan membeli beberapa pakej untuk mendapatkan
kombinasi bandwidth dan storan. Kami menyediakan fasiliti
naiktaraf untuk semua perkhidmatan dan pelanggan boleh menghubungi
kami untuk bantuan.
» Penyalahgunaan Server
Sebarang percubaan untuk menyebabkan masalah kepada server
Violet One Enterprise adalah dilarang sama sekali. Kegagalan
untuk menurut garis panduan akan berhadapan dengan penamatan
akaun. Kami berhak menamatkan akuan pelanggan tanpa sebarang
notis.
» Tanggungjawab Pelanggan
Pelanggan bertanggungjawab terhadap sebarang aktiviti berpunca
dari akaun pengguna kecuali terbukti pelanggan adalah mangsa
aktiviti hacker. Pelanggan bertanggungjawab untuk atas username/password
diberikan. Pelanggan bertanggungjawab atas semua kandungan
website mereka yang mungkin dimasukkan oleh pihak ketiga.Pelanggan
bersetuju bahawa mereka mempunyai pengetahuan untuk membuat
dan mengemaskini laman web. Pelanggan bersetuju Violet One
Enterprise tidak bertanggunagjawab menyediakan pengetahuan
atau memberi bantuan yang tidak berkaitan dengan server Violet
One Enterprise.
» Data Sokongan (Backup)
Violet One Enterprise mengambil langkah terbaik untuk memastikan
sistem berada dalam keadaan terbaik. Bagaimanapun, Violet
One Enterprise tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan
data berpunca atas sebarang sebab. Untuk memastikan tahap
pelindungan data yang tinggi, Violet One Enterprise mencadangkan
semua maklumat juga di simpan dalam komputer pelanggan. Segala
data yang amat peting seharusnya disimpan pada lebih dari
satu lokasi pada setiap masa. Data sokongan adalah diperuntukkan
jika berlaku masalah hardware dan bukan atas kesilapan yang
dilakukan oleh pelanggan.
» Tindakan Yang Diambil
Kegagalan pelanggan untuk untuk mengikut sebarang polisi/terma
di atas akan menyebabkan akaun dibatalkan. Violet One Enterprise
akan menentukan sama ada pelanggan melanggar polisi/terma
yang ditetapkan. Violet One Enterprise berhak untuk menutup
sebarang akaun tanpa searang notis.
Apabila Violet One Enterprise mengetahui sebarang dakwaan
pelanggaran polisi, Violet One Enterprise akan melakukan penyiasatan.
Semasa penyiasatan, Violet One Enterprise tidak membenarkan
akses ke akaun untuk mengelakkan potensi penambahan aktiviti
yang tidak dibenarkan. Bergantung kepada jenis penyalahgunaan,
Violet One Enterprise berhak mengantung, menamatkan akaun
web hosting pelanggan.
» Pengubahsuaian
Violet One Enterprise mempunyai hak untuk menambah, menghapus
atau mengemaskini sebarang syarat polisi pada bila-bila masa
tanpa sebarang notis.
» Hak XcessHost Terhadap
Akaun Pengguna
Kami mempunyai Hak untuk menamatkan, membatalkan, menggantung
akaun atas budi bicara kami sendiri. Contoh penamatan perkhidmatan
adalah sekiranya akaun berterusan melanggar polisi kami walaupun
telah diberi amaran.
|