Muka Utama » Terma dan Syarat

» Hak Peribadi Pengguna
Violet One Enterprise tidak akan menjual, mendedahkan atau mengedarkan sebarang maklumat berkaitan pelanggan kami. Jika kami memerlukan menghubungi anda berkenaan akaun dan perkhidmatan, kami akan hanya menghubungi anda melalui email.

» Jaminan Yang Dijanjikan Oleh XcessHost
Kami memberikan Jaminan 30 Hari pemulangan semula wang, jika ada sebarang sebab dimana anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan dalam jangkamasa 30 hari dari tarikh pengaktifan akaun. Anda perlu menghantar email kepada kami berserta sebab anda mahu menamatkan akaun anda.

» Akaun Baru
Segala tempahan perkhidmatan hosting akan dilayani secepat mungkin. Pelanggan akan dikehendaki membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum kami dapat memproses tempahan dan seteruskan mengaktifkan akaun pelanggan.

» Pendaftaran Nama Domain dan Perpindahan Nama Domain
Untuk memastikan nama domain anda akan merujuk ke server Violet One, anda perlu menukar DNS (Domain Name Servers) pada registrar anda. Pemindahan domain bermakna memindahkan registrar asal anda kepada kami. Pemindahan domain akan dikena kan servis perkihidmatan sebanyak RM 50.00. Violet One Enterprise akan mendaftarkan nama domain bagi pihak pelanggan. Bagaimanapun tugas memperbaharui nama domain adalah tanggungjawab pelanggan. Violet One Enterprise tidak bertanggungjawab jika pelanggan gagal memperbaharui nama domain. Jika nama domain di daftar melalui kami, pelanggan perlu mengambil langkah awal untuk memperbaharui nama domain yang sudah hampir lupus(expire). Kami tidak bertanggungjawab memperbaharui nama domain melainkan diminta oleh anda melalui email.

» Pembayaran Perkhidmatan
Anda melanggan perkhidmatan prabayar bila menggunakan perkhidmatan kami. Notis untuk perbaharui perkhidmatan akan dihantar melalui email 14 hari sebelum tarikh perkhidmatan tamat. Akaun yang masih tidak dibayar selepas 3 tarikh tamat tempoh akan digantung. Kami menerma pembayaran secara direct bank-in atau online banking melalui CIMBClicks atau Maybank2U. Segala pertanyaan berkenaan bil boleh dihantar ke sales@xcesshost.com.

» Pembatalan Perkhidmatan
Jika anda mahu membatalkan perkhidmatan, anda perlu email ke sales@xcesshost.com.

» Bayaran Terhadap Penggunaan Yang Melebihi Had Yang Ditetapkan
Perkhidmatan kami disediakan untuk memenuhi kehendak majoriti pelanggan. Bagaimanapun penggunaan pelanggan mungkin tidak sama dan memerlukan tambahan, terutama pada storan dan trafik. Pelanggan harus mengambil langkah untuk menaiktaraf pelan sekiranya storan atau bandwidth mencapai 80%. Jika pelanggan tidak berbuat demikian dan penggunaan telah mencapai 100%, akaun pelanggan akan digantung serta merta tanpa notis.

» Pembayaran Balik Wang Kepada Pelanggan Dan Penamatan Akaun Pengguna
Jika, Violet One Enterprise gagal memberikan perkhidmatan yang sepatutnya, pembayaran balik mengikut prorata akan diberikan. Tiada pembayaran balik akan diberikan untuk pelanggan yang melanggar polisi kami yang menyebabkan akaun ditamatkan serta merta atau diganting. Jika pelanggan mengarahkan pembatalan sebarang akaun, pelanggan tidak lagi boleh menggunakan akaun lagi. Akaun akan dihapus dalam jangkamasa 30 hari. Jika akaun pelanggan digantung atas sebarang sebab dan berterusan digantung, ia akan dihapus dalam jangkamasa 30 hari.

» Kandungan Web
Violet One Enterprise percaya pada kebebasan bersuara; bagaimanapun kandungan (bertulis, visual) dalam kategori berikut tidak dibenarkan dan pelanggan boleh digantung serta merta : prejudis atau racism terhadap warna kulit, kepercayaan; kandungan berunsur keganasan dan kebencian. Kami tidak benarkan kandungan 'legal adult'. Kami memilih untuk pelanggan mematau sendiri kandungan dan bertanggungjawab atas kandungan website. Kami tidak mempunyai sumber yang cukup untuk memantau segala kandungan yang kandungannya semakin hari semakin besar dan bertambah. Bagaimanapun, jika Violet One Enterprise dimaklumkan atas sebarang kandungan diragui pada website di web hosting Violet One Enterprise, kami akan terus menghubungi pelanggan dan mendapatkan penyelesaian sepatutnya. Jika ada sebarang pihak menghubungi kami kerana mendapati kandungan website di server hosting melanggar akta hakcipta dan mahukan kandungan dihapuskan, pihak kami akan meminta dokumentasi undang-undang diberikan untuk tindakan selanjutnya.

» Hal Berkaitan Email
Jika anda membuat aktiviti pemasaran website atau perkhidmatan melalui email, sila ikut peraturan ini. Email pemasaran yang dibenarkan adalah yang berbentuk "opt-in". Ini bermaksud pengguna memberi kebenaran memasukkan email mereka ke mailing list untuk sebarang update website, produk atau perkhidmatan. Sebarang aktiviti pemasaran email selain dari cara tersebut tidak dibenarkan dan boleh mengakibatkan akaun digantung.

» Spamming
Violet One Enterprise tidak akan bertolak ansur dengan polisi unsolicited commercial email (UCE) dan unsolicited bulk email (UBE) yang juga dikenali sebagai "spam". Definisi spam adalah : Emai adalah "spam" jika : (1) identity dan konteks penerima adalah tidak relevan disebabkan kandungan mesej yang berpotensi dihantar kepada mana-mana penerima lain.; dan (2) penerima tidak memberi kebenaran bertulis bagi email itu dihantar; dan (3) mesej yang dihantar memberi lebih kelebihan kepada penghantar email berbanding penerima. Sekira didapati benar terdapat unsur spam, akaun pelanggan Violet One Enterprise ini akan digantung.

» Keupayaan Kami
Violet One Enterprise, tidak memberi sebarang kebenaran, kenyataan atau perjanjian berkenaan servis yang disediakan oleh pelanggan kami dan tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan terhadap pelanggan kami. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kandungan didalam server kami dan tidak akan mengambil tindakan sehingga perkara ini dinyatakan dengan menghantar email kepada kami.

Terma & Syarat - Polisi - © Copyright XcessHost.com - All Rights Reserve